Doa Zubir Ali

Allahyarham Zubir Ali seorang penyair dan penyanyi yang meninggalkan kita terlalu awal. Lagu beliau “Doa” antara lagu pebret isteri saya. Selama ini sang isteri tak pernah bagi cadangan lagu atau syair untuk saya terjemahkan. Tetiba dia suruh buat yang ni. Tak dapat nafikan jauh ia lebih sedap sebagai lagu – cuba dengar dan baca al-Fatihah… More Doa Zubir Ali

Tiadalah Jemu: Gurindam 12 Fasal 5 | Episode 25

Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa. Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, sangat memeliharakan yang sia-sia. Jika hendak mengenal orang mulia, lihatlah kepada kelakuan dia. Jika hendak mengenal orang yang berilmu, bertanya dan belajar tiadalah jemu. Jika hendak mengenal orang yang berakal, di dalam dunia mengambil bekal. Jika hendak mengenal orang… More Tiadalah Jemu: Gurindam 12 Fasal 5 | Episode 25